Brunei catat 69 kes, lima kluster

BERAKAS 6 Nov. – Sebanyak 69 kes baharu jangkitan Covid-19 disahkan yang membawa jumlah keseluruhan kes di Brunei Darussalam meningkat kepada 13,742 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar.

Beliau memberitahu,, terdapat 35 tambahan kes baharu kepada 12 kluster aktif  sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya sementara 15 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan.

Katanya, terdapat lima kluster baharu dikesan yang melibatkan 18 kes di mana kesemua kluster baharu ini adalah kluster kediaman.

Tiga daripadanya iaitu Kluster Al-Malabar Restaurant Sdn. Bhd., Kluster Sawan ‘staff house’ dan Kluster Jalan Tanjong Nangka Kecil Construction adalah kluster rumah yang menempatkan pekerja-pekerja syarikat berkenaan.

Menurut Dr. Md Isham empat kluster telah ditutup setelah tidak ada kes dikesan di dalam kluster berkenaan selama 28 hari.

Kluster-kluster yang ditutup ialah Kluster 3598, Kluster 4446, Kluster 8146 dan Kluster 8261 menjadikan jumlah kluster yang aktif adalah sebanyak 184 kluster.

Sementara itu kes import yang dicatatkan pada hari ini adalah ketibaan dari Poland melalui Jepun dan Singapura dengan menaiki Penerbangan Singapura SQ 146 pada 24 Oktober 2021.

Terdapat 169 kes disahkan sembuh yang membawa kepada 12,445 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 1,203 kes.

Mengenai pesakit, beliau menjelaskan, enam kes dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif di mana kesemuanya memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan satu daripadanya juga memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

Tujuh kes lain dikategorikan dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai vaksinasi, pada 5 November, sebanyak 568 orang menerima suntikan dan ini bermakna, di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, seramai 354,729 orang menerima satu dos iaitu 82.5 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Manakala 278,735 orang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 iaitu 64.8 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Related posts

Leave a Comment