Arab Saudi catat 42 kes, 1 kematian

RIYADH 6 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi kekal di bawah 50 selama lapan hari berturut-turut apabila merekodkan 42 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan satu kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 548,890 dan  8,803 kematian.

Sebanyak 33 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 537,794 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, 52 kes dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment