Pas undi PN jika bertembung BN

KUALA TERENGGANU 6 Nov. – Pas akan mengundi calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini sekiranya berlaku pertembungan kerusi, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.

Katanya, sokongan terhadap PN tidak berubah sekiranya berlaku pertembungan antara calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu juga selaras dengan komitmen Pas untuk terus mendukung gabungan itu termasuk persetujuan menggunakan logo PN.

“Kita pegang pada asas kita tiga parti… kalau ada parti tak mahu kerjasama terpulang pada dia la.. bila sebut kerjasama, maka bersedialah berlaku peralihan kerusi daripada parti-parti bukan sahaja Muafakat Nasional termasuk Perikatan Nasional bahkan di Melaka melibatkan bukan sahaja Pas di Melaka termasuk… sikap kita tegas pembahagian yang adil dalam kerjasama Perikatan Nasional,” kata beliau.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Pas Ke-67 di sini, pada Sabtu.

Related posts

Leave a Comment