Kes harian Thailand turun

BANGKOK 16 Nov. – Thailand merekodkan 5,947 kes baharu Covid-19 termasuk 11 kes import hari ini, yang menunjukkan penurunan berbanding 7,079 yang dilaporkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian harian meningkat apabila 62 lagi dilaporkan meninggal dunia hari ini berbanding 47 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,030,700 dan kematian pula 20,143 orang.

Semalam, sebanyak 7,943 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan 1,918,452.

Sejak 1 April bermulanya gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan

2,001,837 kes, di mana 1,891,026 dilaporkan sembuh manakala sejak bermula pandemik, 2,030,700 kes direkodkan dan 1,918,452 sembuh.

Kematian yang direkodkan sejak gelombang ketiga adalah 20,049 dan sejak permulaan pandemik sebanyak 20,143 .

Kes kematian terbaharu melibatkan individu berusia 27 hingga 92 tahun termasuk dua warga Myanmar.

Selain Bangkok yang merekodkan enam kematian, di wilayah Selatan mencatatkan 20 kes sementara di utara 10 kes.

Bangkok merekodkan 854 kes baharu diikuti Songkhla 458, Chiang Mai 349, Pattani

323, Nakhon Si Thammarat 260, Narathiwat 205, Surat Thani 189, Samut Prakan 165 dan 162 masing-masing Chon Buri dan Trang.

Sementara itu 11 kes import melibatkan ketibaan dari Netherlands (1), Amerika Syarikat (3), Perancis (1), United Kingdom (1), Arab Saudi  (2), Myanmar (2) dan Kemboja  (1).

Pada Isnin, sebanyak 92,105 pesakit menerima rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,775 pesakit kritikal dan 411 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment