Sedikit ‘lonjakan’ kes di Arab Saudi

RIYADH 26 Okt. – Selepas merekodkan kurang 50 kes harian untuk tempoh hampir dua minggu, Arab Saudi hari ini menyaksikan lonjakan dengan merekodkan 65 kes baharu berbanding 51 semalam. Pada masa yang sama dua kematian direkodkan, jumlah sama seperti beberapa hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 548,368 kes dengan jumlah kematian pula 8,782 orang. Untuk rekod, sebelum ini sejak 14 Oktober lalu, dengan 46 kes, jumlah kes harian di Arab Saudi berada di bawah paras 50 kecuali pada 22 Oktober dan semalam…

Read More

Malaysia catat 5,726 kes baharu

PUTRAJAYA 26 Okt. – Malaysia mencatatkan 5,726 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 4,782 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 2,442,224 kes. Terdapat 15 kes import melibatkan sembilan warganegara dan enam bukan warganegara manakala daripada 5,711 kes tempatan, sebanyak 5,489 adalah warganegara dan 222 bukan warganegara. Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes (98.3…

Read More

4,393 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,393 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,765,672. Sehingga pukul 4 petang ini DoH juga merekodkan 8,470 pesakit yang sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,669,953 orang pulih atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 42,077 orang termasuk 135 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. 57,763 Kes aktif pula sebanyak 53,642 yang menunjukkan penurunan berbanding 57,763 semalam.

Read More

Turki tarik balik ancaman usir diplomat

ANKARA 26 Okt. – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menarik balik ancamannya untuk mengusir 10 duta Barat atas kenyataan bersama mereka menyuarakan sokongan terhadap seorang pemimpin masyarakat sivil yang dipenjarakan. Keputusan itu dibuat selepas Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang terlibat mengeluarkan kenyataan yang sama menyatakan mereka menghormati konvensyen PBB yang memerlukan diplomat tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri negara tuan rumah. Presiden Erdogan berkata kenyataan baharu itu “menunjukkan mereka sudah mengambil langkah undurkan diri daripada fitnah terhadap negara kita”, sambil menambah: “Mereka akan lebih berhati-hati…

Read More

Bukti ‘keberkesanan’ Ivermectin terhad

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sangat terhad, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali. Bagaimanapun katanya, hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit Covid-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) akhir bulan ini. Menurut beliau, kajian I-TECH telah lengkap pada proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian. “Pada 28 Julai lalu, Cochrane Library mengeluarkan kenyataan tidak menyokong penggunaan ubat Ivermectin bagi…

Read More

SOP sama rata di PRN Melaka

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tiada pilih kasih sebaliknya tindakan sama rata dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk yang melibatkan majlis rasmi kerajaan. Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata, walaupun dipertikaikan banyak pihak, SOP berkenaan amat perlu supaya semua tindak balas kerajaan dalam mengharungi Covid-19 selama ini tidak terjejas hanya disebabkan PRN. Katanya, semua pihak, termasuk parti politik dari blok kerajaan, perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. “Jadi, tindakan sama rata mesti diamalkan supaya orang tidak melihat ada pilih kasih dalam kita mahu menguatkuasakan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 25 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan 0.89 semalam berbanding 0.88 pada Ahad dan  0.87 pada hari sebelumnya. Bagaimanapun tujuh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing dengan kadar 0.99. Ini diikuti Sabah 0.93, Putrajaya 0.92, Selangor 0.97, Melaka 0.97 dan Kedah 0.91. Lapan negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Johor 0.88, Kedah 0.86, Terengganu 0.86, Pulau Pinang 0.84, Perlis 0.83, Perak 0.83 dan Pahang 0.82 dan Sarawak 0.81. Tiada kes baharu direkodkan di Labuan. Kadar…

Read More

Operasi Pulih lanjut hingga 14 Nov.

BERAKAS 26 Okt. – Brunei Darussalam melanjutkan langkah-langkah pengawalan Operasi Pulih selama  14 hari lagi mulai 1 sehingga 14 November ini , kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Awang Mohd. Amin Liew Abdullah. Katanya, langkah itu bagi mempersiapkan Brunei ke arah proses pemulihan untuk menghadapi norma baharu dalam kehidupan, dengan mengawal keadaan penyakit Covid-19 dan memberi masa p meningkatkan liputan vaksinasi penduduk . Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II berkata, pelaksanaan Operasi Pulih sudah berjalan selama tiga minggu, dan mula membuahkan hasil yang positif sejak minggu lepas.…

Read More

Kes di Singapura cecah 175,818

SINGAPURA 26 Okt. – Singapura melaporkan 3,174 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam, termasuk sembilan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 175,818 kes Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada masa yang sama, 14 lagi warga emas berumur antara 60 dengan 93 tahun meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan virus itu serta menghadapi pelbagai masalah kesihatan. Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Singapura kini sebanyak 329. Berbanding 3,383 kes pada hari sebelumnya, jumlah kes semalam merosot sedikit. MoH menyatakan terdapat 3,165 kes jangkitan tempatan terdiri daripada 2,843…

Read More