4,393 kes baharu di Filipina

MANILA 26 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,393 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,765,672.

Sehingga pukul 4 petang ini DoH juga merekodkan 8,470 pesakit yang sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,669,953 orang pulih atau 96.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat kepada 42,077 orang termasuk 135 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. 57,763

Kes aktif pula sebanyak 53,642 yang menunjukkan penurunan berbanding 57,763 semalam.

Related posts

Leave a Comment