Malaysia catat 5,726 kes baharu

PUTRAJAYA 26 Okt. – Malaysia mencatatkan 5,726 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, meningkat sedikit berbanding 4,782 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 2,442,224 kes.

Terdapat 15 kes import melibatkan sembilan warganegara dan enam bukan warganegara manakala daripada 5,711 kes tempatan, sebanyak 5,489 adalah warganegara dan 222 bukan warganegara.

Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 92 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 28,492 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes ‘brought in dead’ (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Setakat ini, 598 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 308 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 5,607 yang membawa kepada jumlah kumulatif 2,340,390 kes kumulatif.

Related posts

Leave a Comment