Sedikit ‘lonjakan’ kes di Arab Saudi

RIYADH 26 Okt. – Selepas merekodkan kurang 50 kes harian untuk tempoh hampir dua minggu, Arab Saudi hari ini menyaksikan lonjakan dengan merekodkan 65 kes baharu berbanding 51 semalam.

Pada masa yang sama dua kematian direkodkan, jumlah sama seperti beberapa hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 548,368 kes dengan jumlah kematian pula 8,782 orang.

Untuk rekod, sebelum ini sejak 14 Oktober lalu, dengan 46 kes, jumlah kes harian di Arab Saudi berada di bawah paras 50 kecuali pada 22 Oktober dan semalam 51 kes.

Mengikut Kementerian Kesihatan, sebanyak 38 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 537,376.

Dalam kalangan kes aktif pula, 70 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment