Jumlah keseluruhan cecah 12,000 kes

BERAKAS 24 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam mencecah 12,000 apabila 212 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 12,113. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dalam tempoh yang sama, satu kes import direkodkan dan lima kluster baharu dikesan. Terdapat 97 kes tambahan bagi 16 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya. Lima kluster baharu pula melibatkan 31 kes meliputi kluster kediaman termasuk dua pekerja asrama. Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 166. Sebanyak enam…

Read More

47 kes baharu, 2 kematian di Saudi

RIYADH 24 Okt. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 50 dengan mencatatkan 47 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 43 semalam. Bagi tempoh yang sama jumlah kematian juga rendah apabila dua lagi dilaporkan meninggal dunia, jumlah yang sama seperti semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,252 dan 8,778 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 537,282 orang termasuk 36 yang dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam. Sebanyak 79 pesakit dalam keadaan kritikal. Sementara itu jumlah dos yang telah…

Read More

Filipina catat 5,279 kes baharu

MANILA 24 Okt. – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) merekodkan 5,279 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,756,923 kes. Setakat pukul 4 petang ini, 24 Oktober 2021, DoH melaporkan 7,312 pesakit sembuh yang membawa kepada 2,654,173 pesakit pulih. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 208 lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian sebanyak 41,793 orang. Kes aktif pula sebanyak 60,957 naik sedikit berbanding 63,051 yang dilaporkan semalam. Sementara itu tetdapat dua makmal yang tidak dapat mengemukakan data Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS). Berdasarkan data dalam 14 hari yang lepas, dua makmal ini…

Read More

5,666 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Okt. – Malaysia hari ini mencatatkan 5,666 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, sedikit menurun berbanding 5,828 kes semalam. Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,431,716 kes. Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 42 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 28,354 individu.

Read More

Hidup ‘selamat bersama Covid-19’

SINGAPURA 24 Okt. – Singapura tidak boleh selama-lamanya melaksanakan sekatan Covid-19, atau ‘lepas tangan’ dan membiarkan keadaan menjadi lebih buruk, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. “Kita perlu melalui perjalanan ini untuk hidup bersama Covid-19 dengan selamat. Kita ingin sampai ke tahap itu dengan serendah mungkin bilangan terkorban. “Laluan yang diambil MTF (Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian) mencerminkan penilaian kami mengenai cara terbaik untuk melakukannya,” katanya dalam catatan di Facebook semalam. Sebelum itu, pada satu sidang akhbar, MTF berkata beberapa langkah kawalan Covid-19 boleh dilonggarkan jika kadar pertumbuhan jangkitan mingguan merosot…

Read More

9,351 kes, 56 kematian di Thailand

BANGKOK 24 Okt. – Terdapat 9,351 kes baharu Covid-19 dan 56 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,850,482 kes dan 18,755 orang meninggal dunia. Jumlah itu menurut Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan berbanding 9,742 yang direkodkan semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 929 kes diikuti Songkhla 682, Nakhon Si Thammarat 582, Pattani 511, Yala 487 dan Chiang Mai 461. Enam kes import juga dilaporkan yang meliputi empat kes dari Kemboja, dan masing-masing satu dari Switzerland dan Malaysia.  Bangkok juga merekodkan lima kematian…

Read More

3,598 kes, 6 kematian di Singapura

SINGAPURA 24 Okt – Singapura melaporkan 3,598 kes baharu Covid-19 termasuk empat kes import setakat tengah hari semalam dan enam kematian disebabkan komplikasi akibat virus tersebut. Kes kematian dua lelaki dan empat wanita, berusia antara 61 dengan 91 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan 300 orang meninggal dunia. Empat daripada mereka tidak divaksin manakala dua sudah lengkap divaksin dan kesemua mereka mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain. Jumlah kes baharu hari ini merosot berbanding 3,637 kes yang dilaporkan pada Jumaat di mana daripada jumlah itu, 3,594 adalah jangkitan tempatan, terdiri daripada 2,804…

Read More

Singapura ‘kawasan berisiko tinggi’

SINGAPURA 24 Okt. – Mulai hari ini Jerman mengklasifikasikan Singapura sebagai “kawasan berisiko tinggi” bagi Covid-19 demikian menurut kedutaan negara itu di Singapura dalam satu catatan di Facebook. Mereka yang lengkap divaksin Covid-19 masih boleh ke Jerman tanpa perlu menjalani kuarantin, tetapi mesti membuat pendaftaran secara digital sebelum tiba di negara itu. Pendaftaran kemasukan ke Jerman diwajibkan bagi pelawat yang telah mengunjungi kawasan berisiko tinggi atau kawasan yang mempunyai varian membimbangkan dalam tempoh 10 hari terakhir. Mereka mesti membawa bukti pendaftaran bersama mereka semasa tiba di negara itu. Kanak-kanak di…

Read More

Hanya lengkap vaksin dibenar ke pejabat

SINGAPURA 24 Okt. –  Mulai 1 Januari, hanya pekerja yang sudah lengkap divaksin atau sudah pulih daripada Covid-19 dalam tempoh 270 hari terakhir akan dibenarkan kembali ke tempat kerja. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) semalam, pekerja yang tidak divaksin tidak akan dibenarkan kembali ke tempat kerja mereka melainkan mereka diuji negatif Covid-19. Mereka juga perlu menanggung sendiri kos ujian dan ujian hendaklah dijalankan di penyedia yang diluluskan MoH dan mesti sah selama tempoh pekerja dikehendaki berada di tempat kerja mereka. Keputusan ujian pantas antigen (ART) yang negatif sah selama 24 jam.…

Read More

Mamat Khalid meninggal dunia

SLIM RIVER 24 Okt. – Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, pukul 12.30 tengah malam tadi. Mohamad Mohamad Khalid, 58 dipercayai mendapat serangan jantung dan tidak sedarkan diri ketika berada di Sarang Art Hub. Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, berkata Allahyarham dikejarkan ke Hospital Slim River menaiki ambulans dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulans. Katanya, seluruh kepemimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. “Seniman mendoakan agar…

Read More