Singapura ‘kawasan berisiko tinggi’

SINGAPURA 24 Okt. – Mulai hari ini Jerman mengklasifikasikan Singapura sebagai “kawasan berisiko tinggi” bagi Covid-19 demikian menurut kedutaan negara itu di Singapura dalam satu catatan di Facebook.

Mereka yang lengkap divaksin Covid-19 masih boleh ke Jerman tanpa perlu menjalani kuarantin, tetapi mesti membuat pendaftaran secara digital sebelum tiba di negara itu.

Pendaftaran kemasukan ke Jerman diwajibkan bagi pelawat yang telah mengunjungi kawasan berisiko tinggi atau kawasan yang mempunyai varian membimbangkan dalam tempoh 10 hari terakhir.

Mereka mesti membawa bukti pendaftaran bersama mereka semasa tiba di negara itu.

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tidak divaksin perlu dikuarantin selama lima hari selepas ketibaan.

Jerman ialah salah satu daripada 11 negara yang mewujudkan laluan perjalanan bagi penumpang yang divaksin (VTL) bersama Singapura. Pelawat ke negara-negara itu tidak perlu dikuarantin, tetapi mesti mendapatkan hasil ujian negatif Covid-19 dalam ujian sebelum berangkat dan semasa ketibaan.

Selain Singapura, empat negara lain – Bulgaria, Cameroon, Croatia dan Republik Kongo – ditambah kepada senarai “berisiko tinggi” Jerman.

Awal bulan ini, Amerika Syarikat menaikkan amaran perjalanan ke Singapura ke tahap risiko tertinggi berikutan keadaan Covid-19 semasa.

Related posts

Leave a Comment