47 kes baharu, 2 kematian di Saudi

RIYADH 24 Okt. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 50 dengan mencatatkan 47 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 43 semalam.

Bagi tempoh yang sama jumlah kematian juga rendah apabila dua lagi dilaporkan meninggal dunia, jumlah yang sama seperti semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 548,252 dan

8,778 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 537,282 orang termasuk 36 yang dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam.

Sebanyak 79 pesakit dalam keadaan kritikal.

Sementara itu jumlah dos yang telah diberi di Arab Saudi meningkat kepada 45,169,733 bertambah sebanyak 75,903 berbanding 45,093,830 yang direkodkan semalam.

Related posts

Leave a Comment