Jumlah keseluruhan cecah 12,000 kes

BERAKAS 24 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam mencecah 12,000 apabila 212 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 12,113.

Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, dalam tempoh yang sama, satu kes import direkodkan dan lima kluster baharu dikesan.

Terdapat 97 kes tambahan bagi 16 kluster aktif yang sedia ada, yang merupakan kontak-kontak terdekat bersama beberapa kes positif sebelumnya.

Lima kluster baharu pula melibatkan 31 kes meliputi kluster kediaman termasuk dua pekerja asrama. Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 166.

Sebanyak enam kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari iaitu Kluster 3016 , Kluster 3788, Kluster 4360, Kluster 5677 dan Kluster Little Audrey.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari Rusia melalui Singapura dengan menggunakan Singapore Airlines SQ 148 pada 15 Oktober 2021.

Sebanyak, 83 kes baharu masih dalam siasatan punca jangkitan manakala

240 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 9,608 kes.

Sementara itu, dalam kalangan kes di Pusat Pengasingan Kebangsaan, enam kes dalam kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif. Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan tiga daripadanya juga memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ExtraCorporeal Membrane Oxygenation – ECMO).

Sebanyak 17 kes kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment