9,351 kes, 56 kematian di Thailand

BANGKOK 24 Okt. – Terdapat 9,351 kes baharu Covid-19 dan 56 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,850,482 kes dan 18,755 orang meninggal dunia.

Jumlah itu menurut Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan berbanding 9,742 yang direkodkan semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 929 kes diikuti Songkhla 682, Nakhon Si Thammarat 582, Pattani 511, Yala 487 dan Chiang Mai 461.

Enam kes import juga dilaporkan yang meliputi empat kes dari Kemboja, dan masing-masing satu dari Switzerland dan Malaysia. 

Bangkok juga merekodkan lima kematian diikuti empat masing-masing di Phuket dan Rayong, masing-masing tiga di Samut Prakan, Nonthaburi, Songkhla, Chon Buri dan Sa Kaeo.  

Sehingga semalam 101,000 orang menerima rawatan Covid-19 di hospitals, termasuk 2,432 pesakit yang kritikal dan 546 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Sejak pandemik bermula awal tahun lalu, daripada 1,850,482 kes, sebanyak 1,730,727 dilaporkan sembuh termasuk 10,098 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Related posts

Leave a Comment