3,598 kes, 6 kematian di Singapura

SINGAPURA 24 Okt – Singapura melaporkan 3,598 kes baharu Covid-19 termasuk empat kes import setakat tengah hari semalam dan enam kematian disebabkan komplikasi akibat virus tersebut.

Kes kematian dua lelaki dan empat wanita, berusia antara 61 dengan 91 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan 300 orang meninggal dunia.

Empat daripada mereka tidak divaksin manakala dua sudah lengkap divaksin dan kesemua mereka mempunyai pelbagai masalah kesihatan lain.

Jumlah kes baharu hari ini merosot berbanding 3,637 kes yang dilaporkan pada Jumaat di mana daripada jumlah itu, 3,594 adalah jangkitan tempatan, terdiri daripada 2,804 kes dalam masyarakat dan 790 di asrama pekerja asing.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah keseluruhan kes di Singapura adalah 169,261 kes.

Dalam kalangan kes dalam masyarakat yang dirujuk atau dimasukkan ke hospital, 17,725 pesakit atau 70.4 peratus, menjalani pemulihan di rumah,  4,796 sedang dirawat di kemudahan jagaan masyarakat dan 960 di kemudahan rawatan Covid-19.

Sebanyak 1,680 pesakit dimasukkan ke hospital, sebahagian besarnya untuk dipantau di mana dalam kalangan mereka, 269 pesakit memerlukan bantuan pernafasan di wad biasa.

MoH juga menyatakan 91 pesakit tidak stabil dan memerlukan pemantauan rapi bagi mengelak daripada bertambah teruk dan 58 pesakit dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment