Filipina catat 5,279 kes baharu

MANILA 24 Okt. – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) merekodkan 5,279 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,756,923 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, 24 Oktober 2021, DoH melaporkan 7,312 pesakit sembuh yang membawa kepada 2,654,173 pesakit pulih.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 208 lagi meninggal dunia yang menjadikan jumlah kematian sebanyak 41,793 orang.

Kes aktif pula sebanyak 60,957 naik sedikit berbanding 63,051 yang dilaporkan semalam.

Sementara itu tetdapat dua makmal yang tidak dapat mengemukakan data Sistem Repositori Dokumen Covid-19 (CDRS).

Berdasarkan data dalam 14 hari yang lepas, dua makmal ini menyumbang kira-kira 0.3 peratus daripada semua sampel diuji dan 0.8 peratus daripada semua individu positif.

Related posts

Leave a Comment