173 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 19 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 173 kes baharu hari ini menjadikan jumlahkeseluruhan meningkat kepada 11,220 orang, kata Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar. Katanya, terdapat 83 tambahan kes baharu melibatkan 13 kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya manakala 69 kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber jangkitan. Turut dilaporkan dua kes import yang tiba ke Negara Brunei Darussalam dari Manila dengan menaiki Penerbangan Diraja Brunei Bl684 pada 13 Oktober 2021. Menurut beliau, terdapat dua kluster baharu dikesan yang melibatkan 19…

Read More

Trend penurunan minggu epidemik ke-41

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Laporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) pesakit Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan pada minggu epidemik (ME) ke-41. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sepanjang tempoh ME ke-41 iaitu 10 sehingga 16 Oktober itu juga, nilai kebolehjangkitan wabak atau RT  kekal stabil sekitar 0.80 – 0.90. Beliau berkata perkembangan baik itu sejajar dengan peningkatan liputan vaksinasi Covid-19  di samping usaha pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif pembukaan semula secara selamat yang lebih meyakinkan. Dalam tempoh…

Read More

Filipina catat 4,496 kes baharu

MANILA 19 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,496 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,731,735. Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 211 individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 40,972 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,609 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 2,627,126 orang pulih. Sebanyak 63,637 kes aktif dilaporkan turun berbanding 68,832 kes aktif semalam.

Read More

Thailand catat 9,122 kes baharu

BANGKOK 19 Okt. – Sebanyak 9,122 kes baharu Covid-19 dan 71 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,802,934 kes serta 18,407 orang meninggal dunia. Daripada jumlah kes baharu itu, 9,006 kes dalam kalangan orang awam termasuk tujuh kes import dan 116 dalam kalangan banduan. Semalam sebanyak 10,111 kes dilaporkan dengan 63 kematian sementara 10,731 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Sejak 1 April, iaitu permulaan gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan 1,774,071 kes Covid-19 dan 1,651,555 dilaporkan pulih dengan 18,313 kematian. Manakala sejak permulaan pandemik awal tahun…

Read More

Kes harian catat peningkatan

PUTRAJAYA 19 Okt.- Angka kes baharu Covid-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,745 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sejak pandemik dikesan meningkat kepada 2,401,866 kes. Jumlah itu merupakan satu peningkatan berbanding 5,434 kes yang dilaporkan semalam. Data COVIDNOW setakat semalam merekodkan pertambahan 72 lagi kes kematian dengan angka kumulatifnya sebanyak 27,993. Ini termasuk sembilan kes Brought In Dead (BID). Selain itu setakat ini, 682 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan daripada jumlah itu juga, 331 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Manakala jumlah kes sembuh pula melebihi jumlah…

Read More

Masjid dibuka selepas 70% lengkap 2 dos

BERAKAS 19 Okt. – Semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh Brunei Darussalam boleh dipertimbangkan untuk dibuka semula apabila jumlah vaksinasi lengkap rakyat dan penduduk di negara ini mencapai 70 peratus. Menteri Hal Ehwal Ugama,  Ustaz Awang Badaruddin Awang Othman berkata, pembukaan masjid-masjid tersebut adalah untuk sembahyang fardu lima waktu dan Jumaat sementara aktiviti keagamaan lain ditangguhkan terlebih dahulu. Bercakap pada sidang media semalam, beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bersidang pada 14 Oktober lalu mengenai langkah pembukaan semula masjid, surau dan balai ibadat seluruh…

Read More

Banyakkan doa dan selawat

BANDAR SERI BEGAWAN 19 Okt. – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah bahawa umat Islam wajib mempunyai ‘sangkaan baik’ terhadap Allah SWT kerana apa jua yang ditentukan oleh-Nya adalah baik. “ Sesungguhnya Allah itu tidak pernah menzalimi sesiapa,” titah baginda dalam perutusan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1443 Hijrah / 2021 Masihi semalam. Baginda bertitah bahawa ‘Selawat’ ke atas Nabi kita, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah salah satu jenis doa atau jenis zikir yang sangat tajam untuk menyampaikan hajat.  Justeru, Baginda menzahirkan harapan agar umat…

Read More

WHO perlu data lengkap Covaxin

BENGALURU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan data yang lebih lengkap dan terperinci daripada syarikat Biotech Bharat untuk meniliti permohonan syarikat India itu bagi kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19. WHO menegaskan, mereka tidak akan mengambil jalan mudah dalam membuat keputusan. Bharat Biotech yang membangunkan Covaxin dengan kajian dijalankan di India sudah mula berkongsikan data dengan WHO sejak awal Julai lalu. Vaksin tersebut menerima kelulusan kecemasan di India sejak Januari walaupun ujian klinikal tahap akhir masih belum selesai. Dilaporkan, vaksin tersebut menunjukkan 78 peratus kadar keberkesanan. Tanpa kelulusan daripada WHO, Covaxin dengan…

Read More

EU edar 1 bilion dos vaksin

BRUSSELS: Kesatuan Eropah telah mengedarkan lebih 1 bilion dos vaksin ke seluruh dunia dalam usaha bersama meningkatkan kadar imunisasi Covid-19. Menurut Presiden Suruhajaya EU, Ursula von Der Leyen, vaksin diedarkan kepada 150 negara, termasuk penghantaran ke Jepun, Britain, Afrika Selatan dan Brazil. Ini menjadikan EU dengan 27 negara, anggota blok terbesar di seluruh dunia yang berkongsikan vaksin. Katanya, selain daripada pengedaran tersebut, EU akan mendermakan sekurang-kuranya 500 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin yang terkesan teruk akibat Covid-19. “Apa yang penting adalah kita mengedarkan kira-kira 87 juta dos…

Read More

2,553 kes, enam kematian di Singapura

SINGAPURA 19 Okt. – Singapura melaporkan 2,553 kes baharu Covid-19 termasuk satu kes import semalam dengan enam lagi meninggal dunia akibat komplikasi daripada virus itu menjadikan jumlah keseluruhan 150,731 kes dan 239 kematian. Kesemua pesakit yang meninggal dunia adalah rakyat Singapura, terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 78 dengan 93 tahun. Empat daripada mereka tidak divaksin, seorang menerima satu dos dan seorang lagi sudah lengkap divaksin. Kesemuanya mempunyai pelbagai masalah kesihatan sedia ada. Dalam kalangan semua kes Covid-19 dalam masyarakat yang dirawat atau dimasukkan ke hospital, 15,132…

Read More