WHO perlu data lengkap Covaxin

BENGALURU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memerlukan data yang lebih lengkap dan terperinci daripada syarikat Biotech Bharat untuk meniliti permohonan syarikat India itu bagi kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19.

WHO menegaskan, mereka tidak akan mengambil jalan mudah dalam membuat keputusan.

Bharat Biotech yang membangunkan Covaxin dengan kajian dijalankan di India sudah mula berkongsikan data dengan WHO sejak awal Julai lalu.

Vaksin tersebut menerima kelulusan kecemasan di India sejak Januari walaupun ujian klinikal tahap akhir masih belum selesai.

Dilaporkan, vaksin tersebut menunjukkan 78 peratus kadar keberkesanan.

Tanpa kelulusan daripada WHO, Covaxin dengan dua dos itu tidak akan diterima sebagai vaksin yang sah untuk digunakan di seluruh dunia dan akan menyukarkan beberapa perkara termasuk perjalanan rentas negara.

Setakat ini, daripada 986 juta vaksin diberikan di India, 11 peratus adalah penerima Covaxin.

Menerusi perkongsian ringkas di Twitter, WHO memaklumkan pihak sedang menunggu satu lagi maklumat tambahan daripada syarikat tersebut ketika ini.

Related posts

Leave a Comment