Thailand catat 9,122 kes baharu

BANGKOK 19 Okt. – Sebanyak 9,122 kes baharu Covid-19 dan 71 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,802,934 kes serta 18,407 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes baharu itu, 9,006 kes dalam kalangan orang awam termasuk tujuh kes import dan 116 dalam kalangan banduan.

Semalam sebanyak 10,111 kes dilaporkan dengan 63 kematian sementara 10,731 pesakit Covid-19 disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak 1 April, iaitu permulaan gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan 1,774,071 kes Covid-19 dan 1,651,555 dilaporkan pulih dengan 18,313 kematian.

Manakala sejak permulaan pandemik awal tahun lalu terdapat 1,802,934 kes Covid-19 dan 1,678,981 dilaporkan sembuh dan 18,407 kematian.

Bagi kes kematian yang dilaporkan hari ini, umur mangsa antara 29 hingga 101 dan turut melibatkan warga Myanmar dan Kemboja.

Bangkok merekodkan 10 kes baharu kematian dan 1,037 kes jangkitan.

Wilayah Selatan juga merekodkan kes harian yang tinggi iaitu Pattani 621, Nakhon Si Thammarat 602, Songkhla 498, Yala 455, Narathiwat 453, Chon Buri 310, Samut Prakan 299, Prachuap Khiri Khan 238 dan 229 di Rayong.

Sementara itu, tujuh kes import melibatkan ketibaan dari Belgium (1), Amerika Syarikat (1), Finland (2), Sweden (1), Kemboja (1) dan Myanmar (1).

Related posts

Leave a Comment