Filipina catat 4,496 kes baharu

MANILA 19 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,496 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,731,735.

Sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 211 individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 40,972 orang.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 9,609 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 2,627,126 orang pulih.

Sebanyak 63,637 kes aktif dilaporkan turun berbanding 68,832 kes aktif semalam.

Related posts

Leave a Comment