EU edar 1 bilion dos vaksin

BRUSSELS: Kesatuan Eropah telah mengedarkan lebih 1 bilion dos vaksin ke seluruh dunia dalam usaha bersama meningkatkan kadar imunisasi Covid-19.

Menurut Presiden Suruhajaya EU, Ursula von Der Leyen, vaksin diedarkan kepada 150 negara, termasuk penghantaran ke Jepun, Britain, Afrika Selatan dan Brazil.

Ini menjadikan EU dengan 27 negara, anggota blok terbesar di seluruh dunia yang berkongsikan vaksin.

Katanya, selain daripada pengedaran tersebut, EU akan mendermakan sekurang-kuranya 500 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin yang terkesan teruk akibat Covid-19.

“Apa yang penting adalah kita mengedarkan kira-kira 87 juta dos kepada negara-negara berpendapatan rendah dan miskin melalui COVAX.

“Jadi kami sudah melaksanakan perjanjian kami. Kami sentiasa berkongsikan penghasilan vaksinasi dan pengedaran sama rata di seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga menggesa negara-negara lain untuk meningkatkan usaha mereka.

Ketika ini, dengan usaha bersama Amerika Syarikat, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 70 peratus kadar vaksinasi global dicapai menjelang tahun hadapan.

Untuk rekod, ketika ini berdasarkan data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 47.6 peratus populasi global sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment