381 kes harian tertinggi

BERAKAS 10 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 381 kes baharu Covid-19 hari ini, kes harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,980 orang. Pada masa yang sama, satu lagi kematian dilaporkan apabila seorang pesakit Covid-19 berusia 40 tahun meninggal dunia. Bagaimanapun punca kematian masih disiasat. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 195 tambahan kes baharu melibatkan 25 kluster aktif di mana kes merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Lima kluster baharu dikesan dengan 60 kes termasuk Kluster Destiny Jaya Sdn Bhd, asrama pekerja. Satu…

Read More

Selepas tiga kali Oktober

APA khabar KELUARGA  Utusan MALAYSIA, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad? Semoga semuanya baik-baik sahaja walaupun realitinya, sesetengahnya dalam keadaan ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’. Hari ini 10.10.2021 atau 10 Oktober 2021. Tarikh 10.10 amat bersejarah – Tragedi Oktober – bagi keluarga Utusan. Sama ada ia secara kebetulan atau dirancang, yang pasti Oktober mencatat sejarah hitam dalam dunia persuratkhabaran Melayu. Tarikh 10 Oktober 2018, adalah hari terakhir kakitangan Utusan yang memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) memuktamatkan pendirian mereka sama ada menerima tawaran atau terus kekal bersama Utusan. Manakala mulai…

Read More

Filipina catat 12,159 kes baharu

MANILA 10 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 12,159 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,666,562.. Setakat  7:30 petang hari ini, DoH  mencatatkan 119 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,624 kematian. Sebanyak 27,727 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,536,011 pulih atau 95.1 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 90,927 kurang daripada 106,558 yang dilaporkan semalam.

Read More

10,817 kes, 84 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Okt. – Thailand merekodkan 84 kematian baharu Covid-19 dan mencatatkan 10,817 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,710,884 kes dan 17,691 kematian. Terdapat 10,767 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk 63 kes import dan 50 orang dalam kalangan banduan. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,185 kes, diikuti wilayah berhampiran seperti Songkhla 563, Pattani 514 dan Narathiwat 479. Berkaitan kes import pula, sebanyak 54 kes direkodkan yang melibatkan warga Thai yang pulang dari Sweden, enam dari Kemboja, dua dari Amerika Syarikat, dan satu dari Korea…

Read More

Rentas negeri bermula 11 Oktober

PUTRAJAYA 10 Okt. –  Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan melakukan pergerakan rentas negeri bermula esok tanpa memerlukan kebenaran polis, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. “Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.,” katanya. Serentak itu, Keluarga Malaysia dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan ke mana-mana negeri, selain bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang sudah lama berpisah dan sebagainya. “Inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat seperti saya sebutkan di peringkat awal…

Read More

Jumlah kes turun kepada 7,373

PUTRAJAYA 10 Okt. – Kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 7,373 kes hari ini, berbanding, 8,743 kes yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,339,594 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 7,240 kes berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima. Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan…

Read More

89.7 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 10 Okt. – Setakat 11.59 malam tadi, sebanyak 89.7 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka yang bermakna berbaki 0.3 peratus lagi sebelum kelonggaran perjalanan rentas negeri dinikmati rakyat Malaysia . Peratusan lengkap vaksinasi itu membabitkan seramai 21,003,074 individu, selain populasi dewasa belum lengkap divaksinasi direkodkan sebanyak lima peratus atau 1,172,944 orang dan tiada vaksinasi (1,233,582 atau 5.3 peratus). Kelonggaran perjalanan rentas negeri akan dinikmati orang ramai apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus, seperti diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, pada 22 September lalu. Larangan perjalanan…

Read More

Kes harian Singapura terus meningkat

SINGAPURA 10 Okt. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 3,703 kes semalam (Sabtu) termasuk tiga kes import berbanding 3,590 semalam. Dalam kalangan jumlah ini, 3,700 adalah jangkitan tempatan yang terdiri daripada 2,868 kes dalam masyarakat dan 832 di asrama pekerja asing. Ini adalah hari kelima Singapura masih menjangkaui paras 3,000 kes sehari dan semalam merekodkan 11 lagi meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 153 kematian serta 124,157 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), penduduk yang meninggal dunia berusia antara 56 dengan 90 tahun terdiri daripada lima…

Read More

Covid-19: Jangan biarkan diri ketakutan

SINGAPURA 10 Okt. – Rakyat Singapura perlu mengubah pemikiran tentang Covid-19  serta tidak membiarkan diri mereka hidup dalam ketakutan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Katanya, Covid-19 telah menjadi penyakit ringan yang dapat diubati bagi sebahagian besar penduduk, terutama bagi golongan muda atau mereka yang sudah lengkap divaksin. “Maka itu, bagi 98 peratus penduduk negara ini, jika kita dijangkiti Covid-19, kita boleh menjalani pemulihan di rumah, sama seperti jika kita mengalami selesema,” katanya dalam perutusan berkaitan Covid-19 ke seluruh negara semalam. Beliau berkata sebahagian besar ancaman Covid-19 adalah terhadap warga…

Read More

SIA tambah penerbangan ke 9 bandar

SINGAPURA 10 Okt. – Syarikat penerbangan, Singapore Airlines (SIA) akan menambah penerbangan di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke sembilan lagi bandar bermula 19 Oktober ini. SIA akan mengendalikan penerbangan VTL dari Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, London, Los Angeles, Milan, New York, Paris dan Rome. Penerbangan itu adalah tambahan kepada perkhidmatan dari Seoul yang akan bermula pada 16 November. Syarikat penerbangan itu sudahpun mengendalikan penerbangan VTL ke Bandar Seri Begawan di Brunei, serta Frankfurt dan Munich di Jerman. Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah di bawah SIA…

Read More