Jumlah kes turun kepada 7,373

PUTRAJAYA 10 Okt. – Kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 7,373 kes hari ini, berbanding, 8,743 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,339,594 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 7,240 kes berada dalam kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan manakala 133 kes (1.8 peratus) adalah pesakit dalam kategori tiga hingga lima.

Secara keseluruhannya, terdapat 702 kes Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 293 kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai lapan kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham, berkata ia membabitkan lima dalam kalangan komuniti manakala masing-masing satu kluster di tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif, 810 kluster.

Related posts

Leave a Comment