381 kes harian tertinggi

BERAKAS 10 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 381 kes baharu Covid-19 hari ini, kes harian tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,980 orang.

Pada masa yang sama, satu lagi kematian dilaporkan apabila seorang pesakit Covid-19 berusia 40 tahun meninggal dunia. Bagaimanapun punca kematian masih disiasat.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, terdapat 195 tambahan kes baharu melibatkan 25 kluster aktif di mana kes merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Lima kluster baharu dikesan dengan 60 kes termasuk Kluster Destiny Jaya Sdn Bhd, asrama pekerja.

Satu kluster ditutup berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 160.

Sementara itu sebanyak 126 kes masih dalam siasatan punca jangkitan.

Sebanyak 322 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 6,690 kes manakala 2,226 adalah kes aktif.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang ada dalam rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, lapan kes adalah dalam Kategori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Related posts

Leave a Comment