Filipina catat 12,159 kes baharu

MANILA 10 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 12,159 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,666,562..

Setakat  7:30 petang hari ini, DoH  mencatatkan 119 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,624 kematian.

Sebanyak 27,727 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,536,011 pulih atau 95.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 90,927 kurang daripada 106,558 yang dilaporkan semalam.

Related posts

Leave a Comment