10,817 kes, 84 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Okt. – Thailand merekodkan 84 kematian baharu Covid-19 dan mencatatkan 10,817 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,710,884 kes dan 17,691 kematian.

Terdapat 10,767 kes dalam kalangan penduduk awam termasuk 63 kes import dan 50 orang dalam kalangan banduan.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,185 kes, diikuti wilayah berhampiran seperti Songkhla 563, Pattani 514 dan Narathiwat 479.

Berkaitan kes import pula, sebanyak 54 kes direkodkan yang melibatkan warga Thai yang pulang dari Sweden, enam dari Kemboja, dua dari Amerika Syarikat, dan satu dari Korea Selatan.

Bangkok merekodkan 11 daripada 84 kematian diikuti enam di Samut Prakan dan lima setiap satu di Narathiwat dan Saraburi.

Semalam sebanyak 9,981 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital .

Related posts

Leave a Comment