10,670 kes baharu Filipina

MANILA 8 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,670 kes jangkitan baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,643,494. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH melaporkan 191 orang lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,232 kematian. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 2,486,059 orang atau 94.0 peratus daripada keseluruhan kes apabila 7,691 lagi pesakit pulih. Sementara kes aktif pula sebanyak 118,203 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 115,328 kes semalam.

Read More

Kes harian kekal bawah 10,000

PUTRAJAYA 8 Okt – Masih di bawah 10,000 kes apabila jumlah jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 9,751 berbanding 9,890 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat pukul 12 tengah hari ini meningkat kepada 2,323,478 kes. Tiga negeri mencatat pertambahan kes empat angka dengan Selangor kembali menjadi negeri tertinggi iaitu 1,796 kes berbanding 1,402 semalam diikuti Sarawak 1,339 kurang daripada 1,413 yang direkodkan semalam dan Kelantan yang merekodkan 1,032 semalam meningkat sedikit kepada 1,052. Turut mencatat kes baharu ialah Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (633),…

Read More

Minggu depan darurat atau PRN

PUTRAJAYA 8 Okt. – Kerajaan akan membuat keputusan minggu depan, sama ada akan menasihatkan Pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN). Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata Sultan Nazrin Muizzudin Shah dalam proses mendapat taklimat daripada beberapa pihak berhubung perkara berkenaan, sebelum membuat keputusan. “Jadi kita tunggulah selepas taklimat kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong. Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri di sini, hari ini. Beliau berkata, Jemaah Menteri membincangkan isu PRN Melaka dalam mesyuarat…

Read More

1.3 juta kenderaan dijangka rentas negeri

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Aliran trafik Lebuh Raya Utara Selatan dijangka meningkat di antara 1.1 hingga 1.3 juta kenderaan setiap hari selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan, kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi. Katanya, jangkaan itu berikutan ramai pengguna terutama di Lembah Klang akan mengambil peluang bercuti bersama keluarga selepas menantinya sekian lama. “Kami sudah melakukan persiapan di 94 plaza tol bagi mengalu-alukan pembukaan semula perjalanan rentas negeri. Semua laluan lebuh raya utara selatan  bersedia menerima kenderaan sebaik sekatan ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan. Perdana Menteri, Ismail…

Read More

Singapura catat 3,483 kes

SINGAPURA 8 Okt. – Kes baharu Covid-19 di Singapura terus menjangkaui 3,000 buat hari ketiga berturut-turut apabila merekodkan 3,483 semalam (Khamis) dengan tiga lagi kematian akibat komplikasi koronavirus itu. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes kematian melibatkan penduduk tempatan, dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 57 hingga 90 tahun. Seorang daripada mereka belum divaksin manakala dua lagi sudah divaksin dan ketiga-tiganya mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Ini membawa bilangan keseluruhan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 kepada 136 manakala jumlah keseluruhan kes pula 116,864. Dalam kalangan kes baharu itu, sebanyak 3,475…

Read More

Baki 0.9 peratus sebelum 90 peratus

PUTRAJAYA 8 Okt. – Berbaki 0.9 peratus lagi sebelum kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus sekaligus akan diberi kelonggaran rentas negeri berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Setakat semalam, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.6 peratus atau 22,153,302 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,004,275 individu atau 64.3 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19. Pada masa sama, 74.4 peratus atau 24,309,648 daripada populasi keseluruhan telah…

Read More

India buka sempadan 15 Okt.

NEW DELHI: India akan membuka semula sempadannya kepada pelancong mulai 15 Oktober ini selepas ditutup hampir setahun disebabkan pandemik Covid-19. Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai pandangan. “Kementerian memutuskan untuk mula mengeluarkan Visa Pelancong baharu kepada warga asing yang datang ke India menggunakan penerbangan ditempah khas mulai 15 Oktober 2021,” kata MHA. Menurut MHA, pelancong asing yang masuk India menerusi penerbangan lain boleh berbuat demikian mulai 15 November.  Semua pelancong juga diingatkan untuk mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan.

Read More

132 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Okt. – Setakat tengah malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 132 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 27,113 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,313,727 kes positif Covid-19 di negara ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 26 daripada 132 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu. Tunggakan kes itu berlaku…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 8 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) kekal pada 0.86 semalam, sama seperti hari sebelumnya. Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya dengan kadar kebolehjangkitan 1.11 dan Perlis 1.07. Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Terengganu 0.98, Melaka 0.97, Pahang 0.94, Kelantan 0.94, Sarawak 0.89, Perak 0.88 dan Kedah 0.87. Lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.85, Johor 0.84, Kuala Lumpur 0.84, Pulau Pinang 0.84 dan Sabah 0.83. Labuan merekodkan sifar kes Covid-19. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah…

Read More