132 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 8 Okt. – Setakat tengah malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 132 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 27,113 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,313,727 kes positif Covid-19 di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 26 daripada 132 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 menunjukkan penurunan selaras peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment