Kadar kebolehjangkitan kekal 0.86

PUTRAJAYA 8 Okt. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) kekal pada 0.86 semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Putrajaya dengan kadar kebolehjangkitan 1.11 dan Perlis 1.07.

Ini diikuti Negeri Sembilan 0.99, Terengganu 0.98, Melaka 0.97, Pahang 0.94, Kelantan 0.94, Sarawak 0.89, Perak 0.88 dan Kedah 0.87.

Lima negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.85, Johor 0.84, Kuala Lumpur 0.84, Pulau Pinang 0.84 dan Sabah 0.83.

Labuan merekodkan sifar kes Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment