10,670 kes baharu Filipina

MANILA 8 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,670 kes jangkitan baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,643,494.

Sehingga pukul 4 petang ini, DoH melaporkan 191 orang lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 39,232 kematian.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 2,486,059 orang atau 94.0 peratus daripada keseluruhan kes apabila 7,691 lagi pesakit pulih.

Sementara kes aktif pula sebanyak 118,203 orang, menunjukkan peningkatan berbanding 115,328 kes semalam.

Related posts

Leave a Comment