Kes harian kekal bawah 10,000

PUTRAJAYA 8 Okt – Masih di bawah 10,000 kes apabila jumlah jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 9,751 berbanding 9,890 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat pukul 12 tengah hari ini meningkat kepada 2,323,478 kes.

Tiga negeri mencatat pertambahan kes empat angka dengan Selangor kembali menjadi negeri tertinggi iaitu 1,796 kes berbanding 1,402 semalam diikuti Sarawak 1,339 kurang daripada 1,413 yang direkodkan semalam dan Kelantan yang merekodkan 1,032 semalam meningkat sedikit kepada 1,052.

Turut mencatat kes baharu ialah Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (633), Kedah (578), Pahang (551), Kuala Lumpur (313), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94), Putrajaya (45) dan Labuan (dua).

Related posts

Leave a Comment