India buka sempadan 15 Okt.

NEW DELHI: India akan membuka semula sempadannya kepada pelancong mulai 15 Oktober ini selepas ditutup hampir setahun disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai pandangan.

“Kementerian memutuskan untuk mula mengeluarkan Visa Pelancong baharu kepada warga asing yang datang ke India menggunakan penerbangan ditempah khas mulai 15 Oktober 2021,” kata MHA.

Menurut MHA, pelancong asing yang masuk India menerusi penerbangan lain boleh berbuat demikian mulai 15 November. 

Semua pelancong juga diingatkan untuk mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment