Kadar R-naught susut ke 0.91

PUTRAJAYA 11 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama lebih dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.91 pada Khamis berbanding 0.94 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, 12 negeri masih mencatat kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.15 diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak yang merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi angka 1.0.

Sementara itu, Putrajaya, Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0.

Begitu juga Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment