10,748 kes baharu Filipina

MANILA 4 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,748 kes jangkitan baharu Covid-19, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,604,040. Setakat pukul 8 malam ini, sebanyak 61 kematian direkodkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 38,828 orang. Pada masa yang sama 16,523 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 2,459,052 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 106,160 atau 4.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

188 kes baharu, empat kematian

BERAKAS 4 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 188 kes baharu dan empat kematian dalam kalangan pesakit Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 7,904 kes dan 38 orang meninggal dunia. Menteri Kesihatan, Dr. Md  Isham Jaafar berkata, dua daripadanya menghadapi masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 manakala dua lagi menghadapi beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai Covid-19. Bercakap pada sidang media petang ini, kes kematian melibatkan lelaki berusia 51 tahun dan wanita 82 tahun manakala dua lagi adalah lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 70 tahun. Satu lagi kematian sebelum ini yang…

Read More

Kes di wilayah selatan Thai juga tinggi

BANGKOK 4 Okt. – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand hari ini turun di bawah 10,000 kes apabila merekodkan 9,930 kes baharu dengan angka kematian 97,  kurang daripada 100 . Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 9,568 kes adalah dalam kalangan orang awam termasuk tujuh kes import manakala 362 melibatkan banduan penjara. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,647,362 kes dan 17,111 kematian. Semalam, Ahad, sebanyak 12,336 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital selepas didapati sembuh daripada koronavirus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 1,520,503. Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19…

Read More

Kerajaan BN Melaka ‘tumbang’

MELAKA 4 Okt. – Kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) ‘tumbang’ apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron (BN-Sungai Udang) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri. Selain Idris, ADUN lain yang menarik sokongan terhadap pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, adalah Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu). Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris, Noor Effandi dan Norhizam Hassan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada…

Read More

Kes harian turun, Selangor tiga digit

PUTRAJAYA 4 Okt. – Hanya dua negeri merekodkan angka empat digit kes jangkitan Covid-19 sementara Selangor yang sering mendahului kes dengan empat digit mencatatkan penurunan kepada tiga digit. Berikutan perkembangan ini jumlah kes harian seluruh negara hari ini adalah 8,075 dengan jumlah keseluruhan 2,285,640 kes. Sarawak mendahului dengan 1,189 kes berbanding 1,418 semalam diikuti Kelantan 1,020 yang menunjukkan peningkatan berbanding 796 kes semalam sementara Pulau Pinang di kedudukan tiga teratas dengan 853 berbanding 620 kes semalam. Johor merekodkan 781 kes (981), Selangor 686 (1,000), Sabah 677 (767), Terengganu 636 (827),…

Read More

Cikgu positif, sesi 2 sekolah tangguh

KUCHING 4 Okt. – Dua buah sekolah di Sarawak ditangguhkan pembukaan sesi pembelajaran, hari ini berikutan tiga guru dikesan positif Covid-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Mohamad Alamin. Beliau berkata, penangguhan sehingga 6 Oktober itu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan dan SMK Merapok, dalam daerah Lawas Katanya, hasil ujian yang dijalankan beberapa hari lalu, seorang guru di SMK Trusan dan dua di SMK Merapok disahkan dijangkiti wabak itu. Berikutan itu,  Kementerian Pendidikan mengambil langkah keselamatan yang tegas bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pembukaan sesi pembelajaran di sekolah. Beliau berkata…

Read More

234.8 juta kes global Covid-19

DATA terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia melebihi 234.8 juta, setakat pagi ini 4 Oktober, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam. Amerika Syarikat masih mendahului dengan 43.6 juta kes diikuti India lebih 33.8 juta kes dan Brazil lebih 21.4 juta kes. Sementara itu United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes diikuti Argentina melebihi 5 juta. Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi dengan menghampiri 4.2 juta kes diikuti Filipina lebih 2.5 juta, Malaysia…

Read More

2,057 kes, 6 kematian di Singapura

SINGAPURA 4 Okt. –  Singapura melaporkan 2,057 kes baharu Covid-19 serta enam kematian setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 103,843 kes dan 113 orang meninggal dunia. Jumlah kes harian menunjukkan penurunan selama dua hari berturut-turut apabika 2,909 kes dilaporkan pada 1 Oktober turun kepada 2,356 kes pada 2 Oktober. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,049 adalah penularan jangkitan tempatan meliputi 1,676 kes dalam masyarakat dan 373 penghuni asrama pekerja . Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada jumlah kes baharu itu, 430 adalah warga emas berusia atas 60 tahun. Selain…

Read More

44.0 peratus warga Brunei divaksin

BERAKAS 4 Okt. – Setakat 2 Oktober, seramai 199,576 orang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, iaitu 44.0 peratus daripada jumlah penduduk negara Brunei Darussalam, kata Menteri Kesihatan, Md. Isham  Jaafar. Katanya, melalui Program Vaksinasi Kebangsaan, itu 302,258 orang lagi menerima satu dos vaksin Covid-19, iaitu 66.6 peratus daripada jumlah penduduk negara. Bercakap pada sidang media mengenai situasi terkini Covid-19 di sini semalam, beliau berkata usaha itu perlu dipertingkatkan untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19. Sasaran 80 peratus itu diharap dapat dicapai sebelum penghujung tahun…

Read More

62.5 % pelajar terima dos pertama

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sebanyak 62.5 peratus pelajar berusia antara 12 hingga 17 tahun di seluruh negara sudah menerima dos pertama vaksin sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mah Hang Soon. Beliau memberitahu, bagi tempoh sama, sebanyak 7.4 peratus pelajar sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Labuan mencatatkan peratusan menerima vaksin paling tinggi bagi golongan pelajar berkenaan dengan lebih 90 peratus peratus sudah menerima suntikan vaksin dos pertama dan 25.4 peratus pula sudah lengkap menerima dos kedua. Manakala Selangor pula mencatatkan peratusan pemberian vaksin yang agak rendah…

Read More