44.0 peratus warga Brunei divaksin

BERAKAS 4 Okt. – Setakat 2 Oktober, seramai 199,576 orang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, iaitu 44.0 peratus daripada jumlah penduduk negara Brunei Darussalam, kata Menteri Kesihatan, Md. Isham  Jaafar.

Katanya, melalui Program Vaksinasi Kebangsaan, itu 302,258 orang lagi menerima satu dos vaksin Covid-19, iaitu 66.6 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Bercakap pada sidang media mengenai situasi terkini Covid-19 di sini semalam, beliau berkata usaha itu perlu dipertingkatkan untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19.

Sasaran 80 peratus itu diharap dapat dicapai sebelum penghujung tahun 2021.

Beliau juga menjelaskan, pekerja hotel adalah dikira sebagai barisan hadapan dan mereka sepatutnya sudah menerima suntikan vaksin sejak awal lagi.

Dr Md Isham juga menegaskan bahawa semua rakyat dan penduduk di negara ini digalakkan untuk menerima suntikan vaksin seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, iaitu ‘no one is safe until everyone is safe’.

Beliau jiga memaklumkan  Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama untuk memastikan mereka yang menjalankan perkhidmatan ‘runners’ menerima suntikan vaksin.

Kataya, penggunaan ‘runners’ pada saat gelombang kedua ini adalah tinggi dan mereka sepatutnya menerima dos pertama dan kedua.

“Ini adalah bagi menjaga keselamatan kedua-dua belah pihak, iaitu mereka yang melakukan perkhidmatan penghantaran dan mereka yang menerima perkhidmatan.

“Para petugas ‘runners’ ini juga sekurang-kurangnya mesti melakukan PCR Swab seminggu sekali bagi memudahkan urusan Kementerian Kesihatan untuk ‘contact tracing’ sekiranya berlaku penularan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment