Kes harian turun, Selangor tiga digit

PUTRAJAYA 4 Okt. – Hanya dua negeri merekodkan angka empat digit kes jangkitan Covid-19 sementara Selangor yang sering mendahului kes dengan empat digit mencatatkan penurunan kepada tiga digit.

Berikutan perkembangan ini jumlah kes harian seluruh negara hari ini adalah 8,075 dengan jumlah keseluruhan 2,285,640 kes.

Sarawak mendahului dengan 1,189 kes berbanding 1,418 semalam diikuti Kelantan 1,020 yang menunjukkan peningkatan berbanding 796 kes semalam sementara Pulau Pinang di kedudukan tiga teratas dengan 853 berbanding 620 kes semalam.

Johor merekodkan 781 kes (981), Selangor 686 (1,000), Sabah 677 (767), Terengganu 636 (827), Kedah 628 (670), Perak 548 (669), Pahang 522 (630) dan Melaka 219 (206).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 151 berbanding 201 semalam, Negeri Sembilan 108 (191), Perlis 36 (66), Wilayah Persekutuan Putrajaya 19 (24) dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sifar kes semalam mencatatkan dua kes.

Related posts

Leave a Comment