234.8 juta kes global Covid-19

DATA terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia melebihi 234.8 juta, setakat pagi ini 4 Oktober, berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat masih mendahului dengan 43.6 juta kes diikuti India lebih 33.8 juta kes dan Brazil lebih 21.4 juta kes.

Sementara itu United Kingdom, Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes diikuti Argentina melebihi 5 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia merekodkan angka tertinggi dengan menghampiri 4.2 juta kes diikuti Filipina lebih 2.5 juta, Malaysia lebih 2.2 juta dan Thailand dengan 1.6 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 101,000 kes.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment