188 kes baharu, empat kematian

BERAKAS 4 Okt. – Brunei Darussalam merekodkan 188 kes baharu dan empat kematian dalam kalangan pesakit Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 7,904 kes dan 38 orang meninggal dunia.

Menteri Kesihatan, Dr. Md  Isham Jaafar berkata, dua daripadanya menghadapi masalah paru-paru selepas dijangkiti Covid-19 manakala dua lagi menghadapi beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai Covid-19.

Bercakap pada sidang media petang ini, kes kematian melibatkan lelaki berusia 51 tahun dan wanita 82 tahun manakala dua lagi adalah lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 70 tahun.

Satu lagi kematian sebelum ini yang dalam siasatan disahkan sebagai kematian Covid-19.

Dr. Md Isham juga memaklumkan daripada 188 kes baharu, terdapat 45 tambahan kes baharu kepada 17 kluster aktif yang sedia ada pada hari ini yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya.

Empat daripada enam kluster baharu yang dikesan hari ini adalah kluster rumah persendirian yang melibatkan 32 kes dan setakat ini terdapat 142 kluster aktif.

Sebanyak 94 kes lagi dalam siasatan bagi mengesan punca jangkitan.

Beliau juga memaklumkan 176 kes pulih hari iniyang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 5,501 kes dengan kes aktif sebanyak 2,343.

Dalam kalangan kes itu, sebanyak lapan kes adalah dalam karegori 5 dan sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif.

Kesemua mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan (artificial ventilation) dengan dua kes memerlukan bantuan mesin tambahan Heart / Lung Machine (ECMO).

Sebanyak 32 kes lain dikategorikan dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan diletakkan di bawah pemantauan rapi.

Related posts

Leave a Comment