Cikgu positif, sesi 2 sekolah tangguh

KUCHING 4 Okt. – Dua buah sekolah di Sarawak ditangguhkan pembukaan sesi pembelajaran, hari ini berikutan tiga guru dikesan positif Covid-19, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Mohamad Alamin.

Beliau berkata, penangguhan sehingga 6 Oktober itu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan dan SMK Merapok, dalam daerah Lawas

Katanya, hasil ujian yang dijalankan beberapa hari lalu, seorang guru di SMK Trusan dan dua di SMK Merapok disahkan dijangkiti wabak itu.

Berikutan itu,  Kementerian Pendidikan mengambil langkah keselamatan yang tegas bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pembukaan sesi pembelajaran di sekolah.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman Matang Jaya, di sini, hari ini selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan bersemuka SMK St Thomas dan Sekolah Pendidikan Khas Taman Matang Jaya.

Related posts

Leave a Comment