10,748 kes baharu Filipina

MANILA 4 Okt. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 10,748 kes jangkitan baharu Covid-19, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,604,040.

Setakat pukul 8 malam ini, sebanyak 61 kematian direkodkan dan ini menjadikan jumlah yang meninggal dunia meningkat kepada 38,828 orang.

Pada masa yang sama 16,523 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 2,459,052 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula sebanyak 106,160 atau 4.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment