13,104 kes, Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 26 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 tidak banyak berubah hari ini apabila jumlah keseluruhan negeri merekodkan 13,104 kes berbanding 13,899 yang dicatatkan semalam. Sarawak mendahului dengan merekodkan 2,943 kes, meningkat berbanding 2,712 semalam diikuti Selangor 1,558 yang menunjukkan penurunan berbanding 2,341 semalam dan Johor 1,455 juga meningkat berbanding 1,377 semalam. Kelantan juga menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 1,206 berbanding 1,170 yang direkodkan semalam dan Sabah 1,078 berbanding 962 semalam. Perak merekodkan 994 kes berbanding 1,128 semalam, Pulau Pinang 955 (1,060), Kedah 721 (708), Terengganu 685 (760) dan Pahang…

Read More

Sarawak terawal dapat dos penggalak

KUCHING 26 Sept. – Sarawak akan menjadi negeri terawal diberi suntikan penggalak  vaksin Covid-19 apabila penduduknya yang sudah menerima dua dos akan diberi suntikan ketiga bulan depan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada peringkat awal, dos penggalak itu akan diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi yang serius. ” Golongan ini yang mengalami gejala-gejala serius yang memerlukan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kemungkinan meninggal dunia.Kita akan mulakan Oktober ini sebaik sahaja garis panduan klinikal untuk dos penggalak siap,” katanya. Beliau berkata demikian…

Read More

89 kematian 24 jam, 36 BID

PUTRAJAYA 26 Sept. – Sejumlah 228 kes kematian disebabkan oleh Covid-19 dilaporkan semalam dengan 139 kes kematian tertunggak, demikian menurut  laporan COVIDNOW. Hanya 89 kes dicatatkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian disebabkan oleh Covid-19 di negara ini meningkat kepada 25,159 kes. Daripada jumlah kes kematian berkenaan, 36 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) menjadikan kes keseluruhan pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan ialah sejumlah 4,923 kes. Secara keseluruhannya termasuk penambahan kes tertunggak, Lembah Klang kekal mencatatkan kes…

Read More

1,443 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 26 Sept. – Selepas merekodkan 1,650 kes kelmarin, Singapura pada Sabtu melaporkan 1,443 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12.00 tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 85,949. Terdapat 1,424 jangkitan tempatan yang terdiri daripada 1,053 kes dalam masyarakat dan 371 penghuni asrama pekerja , termasuk 280 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 19 kes import juga dilaporkan di samping tiga kematian disebabkan oleh Covid-19, menjadikan keseluruhan angka korban sebanyak 76. Kes kematian pertama melibatkan seorang lelaki, rakyat Singapura berusia 62 tahun…

Read More

93.6 peratus populasi terima 1 dos

PUTRAJAYA 26 Sept. – Sebanyak 19.48 juta individu atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Menurut portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 93.6 peratus atau 22.72 juta populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Selain itu, seramai 27,139 individu atau 0.9 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, membabitkan 114,618 dos pertama dan 144,523 dos lengkap. Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos…

Read More

Thailand sasar 1 juta dos sehari

BANGKOK 26 Sept. – Thailand menyasarkan untuk menyuntik sehingga satu juta dos vaksin Covid-19 sehari bagi meningkatkan liputan vaksinasi berikutan cadangan membuka kembali destinasi pelancongan kepada pengembara lengkap divaksin. Pemberian vaksin itu termasuk suntikan dos penggalak kepada penerima dua dos vaksin keluaran Sinovac Biotech. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Thailand dijadual menerima 15 juta dos vaksin Covid-19 bulan ini dan tambahan 20 juta dos bulan depan. Setakat ini, dalam sehari Thailand memberikan antara 600,000 hingga 800,000 dos vaksin dengan sasaran menyuntik 4.5 juta pelajar berusia…

Read More

Vietnam rancang kurang sekatan

HANOI: Vietnam merancang untuk mengurangkan sekatan Covid-19 dan membenarkan perniagaan memulakan semula operasi bermula 30 September ini, kata Perdana Menteri, Pham Minh Chinh. Katanya, kawasan yang disahkan selamat akan dibenarkan untuk melonggarkan sekatan Covid-19 dan membuka semula aktiviti perniagaan dan sosial. Sejak akhir April, Vietnam menguatkuasakan sekatan untuk mengekang Covid-19 dan pandemik itu mempengaruhi ekonomi negara sehingga memaksa penutupan kilang-kilang. Kata Minh Chinh, memerangi pandemik itu bukan hanya meningkatkan sekatan fizikal dan turut mengesahkan bahawa wabak itu telah dikawal. Keputusan mengurangkan sekatan diambil selepas kadar kematian harian di Vietnam menurun.…

Read More

Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 26 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan mencatatkan sedikit peningkatan selepas menunjukkan penurunan beberapa hari lalu. Semalam, Sabtu angka itu naik kepada 0.91 berbanding 0.90 hari sebelumnya di mana lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. Putrajaya dan Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan masing-masing mencatatkan 1.02. Ini diikuti Terengganu 0.98, Kelantan 0.97, Perak 0.97, Sarawak 0.96, Johor 0.95 dan Perlis 0.93. Sementara itu, tujuh negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.89, Negeri Sembilan 0.89, Melaka 0.89, Pulau Pinang 0.88, Sabah 0.86, Kedah 0.85 dan Luala Lumpur…

Read More