93.6 peratus populasi terima 1 dos

PUTRAJAYA 26 Sept. – Sebanyak 19.48 juta individu atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebanyak 93.6 peratus atau 22.72 juta populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, seramai 27,139 individu atau 0.9 peratus daripada populasi remaja lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam, membabitkan 114,618 dos pertama dan 144,523 dos lengkap.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 42.1 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment