Vietnam rancang kurang sekatan

HANOI: Vietnam merancang untuk mengurangkan sekatan Covid-19 dan membenarkan perniagaan memulakan semula operasi bermula 30 September ini, kata Perdana Menteri, Pham Minh Chinh.

Katanya, kawasan yang disahkan selamat akan dibenarkan untuk melonggarkan sekatan Covid-19 dan membuka semula aktiviti perniagaan dan sosial.

Sejak akhir April, Vietnam menguatkuasakan sekatan untuk mengekang Covid-19 dan pandemik itu mempengaruhi ekonomi negara sehingga memaksa penutupan kilang-kilang.

Kata Minh Chinh, memerangi pandemik itu bukan hanya meningkatkan sekatan fizikal dan turut mengesahkan bahawa wabak itu telah dikawal.

Keputusan mengurangkan sekatan diambil selepas kadar kematian harian di Vietnam menurun.

Sebanyak 9,682 kes baharu direkodkan pada Sabtu menandakan tiga hari berturut-turut angka itu di bawah 10,000 kes.

Negara itu telah mencatatkan lebih dari 746,600 kes dengan 18,400 kematian.

Pelabur asing di Vietnam memberi amaran bahawa peraturan yang ketat di selatan negara itu telah memaksa beberapa syarikat untuk memindahkan operasi pengeluaran ke tempat lain.

Related posts

Leave a Comment