Thailand sasar 1 juta dos sehari

BANGKOK 26 Sept. – Thailand menyasarkan untuk menyuntik sehingga satu juta dos vaksin Covid-19 sehari bagi meningkatkan liputan vaksinasi berikutan cadangan membuka kembali destinasi pelancongan kepada pengembara lengkap divaksin.

Pemberian vaksin itu termasuk suntikan dos penggalak kepada penerima dua dos vaksin keluaran Sinovac Biotech.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Thailand dijadual menerima 15 juta dos vaksin Covid-19 bulan ini dan tambahan 20 juta dos bulan depan.

Setakat ini, dalam sehari Thailand memberikan antara 600,000 hingga 800,000 dos vaksin dengan sasaran menyuntik 4.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun dengan vaksin Pfizer-BioNTech pada Oktober.

Thailand sudah memberikan suntikan kira-kira 47.3 juta dos vaksin sejak program vaksinasi bermula 28 Februari lalu.

Related posts

Leave a Comment