Kadar kebolehjangkitan naik

PUTRAJAYA 26 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan mencatatkan sedikit peningkatan selepas menunjukkan penurunan beberapa hari lalu.

Semalam, Sabtu angka itu naik kepada 0.91 berbanding 0.90 hari sebelumnya di mana lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya dan Pahang merekodkan kadar tertinggi dengan masing-masing mencatatkan 1.02.

Ini diikuti Terengganu 0.98, Kelantan 0.97, Perak 0.97, Sarawak 0.96, Johor 0.95 dan Perlis 0.93.

Sementara itu, tujuh negeri merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu

Selangor 0.89, Negeri Sembilan 0.89, Melaka 0.89, Pulau Pinang 0.88, Sabah 0.86, Kedah 0.85 dan Luala Lumpur 0.84.

Labuan mencatatkan lima kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment