13,104 kes, Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 26 Sept. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 tidak banyak berubah hari ini apabila jumlah keseluruhan negeri merekodkan 13,104 kes berbanding 13,899 yang dicatatkan semalam.

Sarawak mendahului dengan merekodkan 2,943 kes, meningkat berbanding 2,712 semalam diikuti Selangor 1,558 yang menunjukkan penurunan berbanding 2,341 semalam dan Johor 1,455 juga meningkat berbanding 1,377 semalam.

Kelantan juga menunjukkan peningkatan kes apabila merekodkan 1,206 berbanding 1,170 yang direkodkan semalam dan Sabah 1,078 berbanding 962 semalam.

Perak merekodkan 994 kes berbanding 1,128 semalam, Pulau Pinang 955 (1,060), Kedah 721 (708), Terengganu 685 (760) dan Pahang 604 (779).

Sementara itu, Melaka merekodkan 362 kes berbanding 339 semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 270 (310), Negeri Sembilan 165 (194), Perlis 80 (17), Wilayah Persekutuan Putrajaya 24 (37) dan Wilayah Persekutuan Labuan 4 (5).

Related posts

Leave a Comment