Parti tolak vaksin menang kerusi

VIENNA: Sebuah parti politik baharu yang menentang sekatan berkait Covid-19, memenangi enam peratus undi dalam pilihan raya wilayah semalam sekali gus memberi parti itu satu kerusi di Parlimen Austria. Ditubuhkan pada Februari lalu, Parti Menschen-Freiheit-Grundrechte (MFG) atau Rakyat-Kebebasan-Hak Asasi menjalankan kempen, terutama melalui rangkaian media sosial dengan sebuah platform yang skeptikal mengenai vaksin dan menolak suntikan wajib. Austria memperketatkan pelaksanaan pas kesihatan yang diperkenalkan pada musim bunga secara berperingkat. Bermula bulan depan, hanya mereka yang menerima vaksinasi lengkap atau sudah sembuh daripada jangkitan virus itu boleh memasuki stadium dan venue…

Read More

278 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 27 Sept. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 278 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 25,437 kes, iaitu 1.15 peratus daripada 2,193,434 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 99 daripada 278 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa mingu lalu. Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.91

PUTRAJAYA 27 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan di Malaysia mencatatkan sedikit  peningkatan semalam iaitu 0.92 berbanding 0.91 pada hari sebelumnya. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Pahang yang merekodkan kadar tertinggi dengan mencatatkan 1.02. Ini diikuti Perak 0.98, Putrajaya 0.98, Perlis 0.97, Kelantan 0.97, Terengganu 0.96, Johor 0.94, Melaka 0.92 dan Sarawak 0.92. Sementara itu, enam negeri mencatatkan R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Pulau Pinang 0.90, Selangor 0.89, Negeri Sembilan 0.87, Sabah 0.87, Kedah 0.85 dan Kuala Lumpur 0.85. Labuan mencatatkan empat kes baharu Covid-19. Kadar…

Read More

Victoria, NSW bergelut dengan Delta

MELBOURNE 26 Sept. – Wilayah Victoria di Australia melaporkan 779 jangkitan baharu Covid-19 dan dua kematian hari ini, susut sedikit berbanding rekod yang dicatatkan sehari sebelumnya. Jumlah harian yang meningkat itu adalah yang kedua tertinggi bagi wilayah tersebut, selepas 847 jangkitan dicatat pada Sabtu. Ketika ini dua wilayah Australia dengan paling ramai penduduk,Victoria dan New South Wales (NSW) bergelut dengan cabaran untuk mengekang varian Delta yang sangat berjangkit itu. Tiga suku warga Australia sudah mendapatkan dos pertama vaksin, manakala hanya separuh telah lengkap kedua-dua dos. Perdana Menteri Scott Morrison berharap…

Read More

Arab Saudi catat 44 kes baharu

RIYADH 26 Sept. – Arab Saudi terus merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 di bawah 50 kes apabila mencatatkan 44 kes baharu hari ini. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), dalam tempoh 24 jam juga, lima orang meninggal dunia akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 546,926 dengan jumlah kematian pula 8,699. MoH juga memaklumkan, 58 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 535,950 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan 11 kes baharu diikuti Jeddah yang mencatatkan tujuh kes. Sebanyak 2, 277 kes aktif…

Read More

Brunei catat 254 kes

BERAKAS 26 Sept. – Kementerian Kesihatan merekodkan 254 kes jangkitan Covid-19 dan tiga kluster baharu yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada  6,540 orang. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat 111 tambahan kes baharu kepada 15 kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak-kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, Dr. Md Isham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikesan yang membawa kepada jumlah kluster aktif 106. Kluster Permata Leo Vessel merekodkan 10 kes; Kluster Salvin…

Read More

20,755 kes baharu Filipina

MANILA 26 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 20,755 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,490,858 Setakat pukul 5 petang ini, jumlah pesakit yang sembuh meningkat kepada 2,292,006 orang atau 92.0 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 24,391 yang dilaporkan pulih hari ini. Jumlah terkini individu yang meninggal dunia bagaimanapun tidak dilaporkan disebabkan masalah teknikal dan jumlah keseluruhan kematian kekal sebanyak 37,405 orang. Kes aktif pula adalah 161,447, kurang daripada 165,092 yang direkodkan semalam. Sementara itu sehingga 25 September, sebanyak 43,815,426 dos vaksin Covid-19 diberikan

Read More

Thailand catat 12,353 kes

BANGKOK 26 Sept. – Thailand merekodkan 12,353 kes baharu Covid-19 dan 125 kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,561,638 kes dan 16,268 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 11,821 kes dalam kalangan orang awam dan 532 dalam kalangan banduan. Semalam sebanyak 14,305 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital dan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,422,907. Sementara itu menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 27 kematian dan 1,976 kes positif mengatasi jumlah kes  di wilayah lain. Sebanyak 12 kes import dilaporkan melibatkan…

Read More