Arab Saudi catat 70 kes

RIYADH 19 Sept. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah 100 apabila 70 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 546,549 kes. Pada masa yang sama, lima lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 8,661 orang. Sebanyak 81 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 535,531 orang. Sementara itu Riyadh merekodkan 21 kes diikuti Makkah 19 , Timur tujuh dan enam lagi kes di Madinah. Sebanyak 2,373 kes aktif dilaporkan dan 361 dalam keadaan kritikal

Read More

Brunei Darussalam lepasi 5,000 kes

BERAKAS 19 Sept. – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Brunei Darussalam kini mencecah 5,000 kes selepas 90 lagi kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 5,047. Menteri Kesihatan, Dr Md Isham Jaafar berkata, selain pertambahan kes, empat kluster baharu dikesan menjadikan 91 kluster masih aktif. Bercakap pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), Dr. Md Isham berkata, terdapat 23 kes tambahan kepada 13 kluster aktif yang sedia ada. Kes-kes dalam kluster aktif ini adalah mereka yang sedang menjalani kuarantin setelah didapati mempunyai kontak dengan…

Read More

Individu positif 523 kali masuk premis

ALOR SETAR 19 Sept. – Ada individu positif Covid-19 dikesan melakukan 523 kali daftar masuk ke premis, termasuk pasar raya, walaupun diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di Kedah, sepanjang minggu ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata jumlah daftar masuk berkenaan dikesan melalui aplikasi MySejahtera digunakan individu terbabit. “Jumlah 523 ini bukan individu, tetapi bilangan daftar masuk. Individu terbabit sepatutnya menjalani kuarantin dan berada di rumah tetapi mereka dikesan keluar ke premis. Malah, 18 peratus daripadanya didapati adalah daftar masuk di pasar raya,” katanya pada…

Read More

Dos penggalak awal bulan depan

ALOR SETAR 19 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memulakan pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 kepada orang awam, mulai awal bulan depan, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Beliau berkata kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan. Antara mereka yang diberi keutamaan ialah warga emas yang mempunyai masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan yang mempunyai penyakit berisiko tinggi, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah serta individu yang berada dan bekerja di pusat jagaan warga emas. “Berdasarkan…

Read More

1,083 kes, 13 kematian di NSW

NEW SOUTH WALES 19 Sept. – Sebanyak 1,083 kes baharu tempatan dan dua kes import direkodkan sehingga pukul 8 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 51,797 sejak pandemik itu direkodkan 25 Januari 2020. Sebanyak 13 kematian turut direkodkan yang melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita. Seorang berumur 40an, dua 50an, dua 60an, lima 70an dan tiga lagi berumur dalam 80an. Daripada 13 yang meninggal dunia, sembilan tidak mendapatkan vaksin, dua mendapatkan satu dos, manakala dua lagi lelaki 80an dan wanita 70an mendapatkan dua dos tetapi tahap kesihatan yang rendah. Terdapat 1,238…

Read More

Thailand catat 13,576 kes baharu

BANGKOK 19 Sept. – Thailand merekodkan 13,576 kes baharu Covid-19 dengan 117 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,476,477 kes. Bangkok merekodkan 53 kematian sementara bakinya melibatkan 32 wilayah lain. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), semalam sebanyak 12,492 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital selepas sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,330,019 kes. Daripada 13,576 kes baharu, sebanyak 13,181 melibatkan penduduk awam termasuk 13 kes import dan 395 kes dalam kalangan banduan. Bangkok mendahului wilayah lain dengan merekodkan 2,880 kes diikuti Samut Prakan 1,030 dan Chonburi 926 .…

Read More

19,271 kes baharu Filipina

MANILA 19 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 19,271 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,366,749 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh juga meningkat kepada 2,151,765 orang atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 25,037 yang dilaporkan sembuh hari ini. Turut menunjukkan peningkatan adalah kes kematian yang kini berjumlah 36,788 orang termasuk 205 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula turun sedikit kepada 178,196 berbanding 184,088 semalam.

Read More

14,954 kes baharu Sarawak mendahului

PUTRAJAYA 19 Sept. – Sarawak masih mengekalkan kedudukan teratas angka jangkitan Covid-19 di negara ini dengan merekodkan 2,707 kes berbanding 2,929 yang direkodkan semalam. Selangor di kedudukan kedua dengan 2,028 meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak 1,995 kes. Lima negeri lain merekodkanlebih 1,000 kes, tiga negeri melebihi 500 kes, tiga negeri lebih 100 kes dan baki dua digit yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes seluruh negara sebanyak 14,954 berbanding 15,549 semalam. Johor merekodkan 1,948 berbanding 2,208 semalam, Kelantan 1,420 (1,214), Sabah 1,356 (1,395), Pulau Pinang 1,259 (1,375) dan Perak 1,222 (1,120).…

Read More

Tiada kemasukan baharu pekerja asing

PUTRAJAYA 19 Sept. – Tiada kemasukan baharu pekerja asing di negara ini termasuk pembantu rumah dari negara jiran sejak 18 Mac tahun lalu sehingga 31 Disember ini, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan. Berikutan itu pihaknya menasihatkan agensi pekerjaan swasta yang berdaftar di bawah kementeriannya tidak membuat kenyataan atau pengiklanan perkara itu kerana boleh mengelirukan majikan. Katanya, sebarang keputusan untuk membawa masuk pekerja asing termasuk pembantu rumah akan diumumkan selepas perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sumber Manusia serta kementerian lain berkaitan.…

Read More

Sarawak minta dos ketiga disegerakan

KUCHING 19 Sept. –  Sarawak mengharapkan suntikan dos penggalak Covid-19 dapat dimulakan dalam masa terdekat dan secepat mungkin dengan keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian berkata, suntikan ketiga amat penting bagi yang tidak mempunyai imuniti terutama ketika tubuh mereka tidak mendapat tindak balas imun walaupun menerima dua dos. Katanya, kajian turut menunjukkan keberkesanan vaksin semakin berkurang dalam jangka waktu tertentu. “Maka, kita berharap kerajaan Pusat memberi kepercayaan kepada Sarawak untuk memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi (untuk melaksanakan…

Read More