Thailand catat 13,576 kes baharu

BANGKOK 19 Sept. – Thailand merekodkan 13,576 kes baharu Covid-19 dengan 117 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,476,477 kes.

Bangkok merekodkan 53 kematian sementara bakinya melibatkan 32 wilayah lain.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), semalam sebanyak

12,492 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital selepas sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,330,019 kes.

Daripada 13,576 kes baharu, sebanyak 13,181 melibatkan penduduk awam termasuk 13 kes import dan 395 kes dalam kalangan banduan.

Bangkok mendahului wilayah lain dengan merekodkan 2,880 kes diikuti Samut Prakan 1,030 dan Chonburi 926 .

Sebanyak 13 kes import pula melibatkan ketibaan empat orang dari Kemboja, tiga dari Malaysia, dua dari Emiriyah Arab Bersatu dan masing-masing satu dari Amerika Syarikat, Oman dan China.

Setakat semalam juga seramai 131,095 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 3,646 yang dalam keadaan serius dan 768 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment