19,271 kes baharu Filipina

MANILA 19 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 19,271 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,366,749 kes.

Sehingga pukul 4 petang ini, jumlah pesakit sembuh juga meningkat kepada 2,151,765 orang atau 90.9 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 25,037 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Turut menunjukkan peningkatan adalah kes kematian yang kini berjumlah 36,788 orang termasuk 205 lagi yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula turun sedikit kepada 178,196 berbanding 184,088 semalam.

Related posts

Leave a Comment