1,083 kes, 13 kematian di NSW

NEW SOUTH WALES 19 Sept. – Sebanyak 1,083 kes baharu tempatan dan dua kes import direkodkan sehingga pukul 8 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 51,797 sejak pandemik itu direkodkan 25 Januari 2020.

Sebanyak 13 kematian turut direkodkan yang melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita.

Seorang berumur 40an, dua 50an, dua 60an, lima 70an dan tiga lagi berumur dalam 80an.

Daripada 13 yang meninggal dunia, sembilan tidak mendapatkan vaksin, dua mendapatkan satu dos, manakala dua lagi lelaki 80an dan wanita 70an mendapatkan dua dos tetapi tahap kesihatan yang rendah.

Terdapat 1,238 kes sedang dirawat di hospital di mana 234 dimasukkan ke unit rawatan rapi dan 123 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Setakat ini 8,847,518 dos vaksin diberikan.

Related posts

Leave a Comment